Latihan Biar Mantap! Hindar Gangguan Mikro.


Assalamu ‘alaikum & Salam Sejahtera

Kenapa training tak sampai? Maksud saya, training yang dibuat tak capai objektifnya. Tidak berlaku pelarasan tingkahlaku (behavior modification) dan peserta kekal di takuk lama selepas training.

Mungkin antara puncanya ialah gangguan mikro dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa training. Kenapa mikro? Ia 'kecil' sehingga sering dianggap enteng dan ramai terlepas pandang.

Gangguan ini boleh berlaku secara fizikal dan psikologikal. Contoh gangguan fizikal;

  • Panas
  • Bunyi jengkel (annoying) dari luar bilik latihan
  • Suara trainer putus-putus atau tak jelas (biasanya masalah pembesar suara)
  • Bilik sempit
  • Meja atau kerusi kurang selesa

Gangguan psikologikal pula berkaitan emosi peserta antaranya seperti;

  • Penat (kelelahan mencari lokasi training)
  • Tiada mood (dipaksa hadir)
  • Jantina (bilangan peserta tak seimbang)
  • Risau (fikir hal-hal peribadi, pejabat)
  • Rimas (tidak selesa terikat jadual)

Oleh sebab itu, penting untuk para trainer memastikan iklim training betul-betul kondusif dari segi fizikal dan psikologi sebelum memulakan sesi training.

Seorang trainer yang profesional tidak harus mengambil sikap ‘asal ada tempat, yang penting peserta boleh dengar apa yang aku nak cakap.’ Training bukan konsert, seorang bersuara yang lain dengar. Training melibatkan proses pemikiran dan penaakulan.

Semoga tip kecil ini bermanfaat untuk bantu mantapkan lagi sesi training anda selepas ini.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Fuad Razak

Pengurus Bilik Seminar SAFY Putra Nilai
Jemput layari: www.bilikseminarsafy.com
#bilikseminarsafyputranilai
#bilikseminarmurah
#bilikseminarnegerisembilan

Popular posts from this blog

Diskaun Pengenalan 15% Oktober 2022

Mesyuarat Jawatankuasa - Terima Kasih Persatuan Penduduk Desa Kasia Nilai

Mesyuarat Agung Tahunan - Terima Kasih Koperasi Keluarga Syed Ariffin Berhad

Terima Kasih Mukmin Kreatif Education

1 Day In House Training - Terima Kasih IQUEST Solutions