PONC Bantu Program Mula Tepat Masa?
Pegawai HR tersebut tiba 15 minit awal bersama pembantunya. Si pembantu tangkas cuba menyambung laptop yang dibawanya ke projector LCD yang tersedia. Tiba-tiba kelihatan si pembantu seperti tercari-cari sesuatu, habis semua beg yang dibawa digeledahnya. Si pegawai perasan, lantas bertanya kenapa. Si pembantu menjawab “Saya terlupa bawa power cable laptop bos. Seingat saya, saya tak pernah keluarkan cable tu dari beg ini.” Spontan si pegawai menjawab “PONC!”. Lantas taklimat terpaksa ditunda 30 minit dari waktu asal bagi membolehkan si pembantu mencari power cable lain. Kisah benar ini berlaku sewaktu saya menghadiri taklimat sebagai eksekutif baru sebuah syarikat multinasional lebih 20 tahun lepas. Saat itu, saya teruja untuk tahu apa itu PONC? Rupanya, ada harga yang perlu anda bayar akibat tidak cekap, cuai atau sambil lewa dalam kerja. Itulah falsafah PONC ( price of non-conformance ) yang saya pelajari dan sejak itu, amalkan. Ambil contoh kes di atas. Akibat mula lewat,