Latihan Biar Mantap! Hindar Gangguan Mikro.
Assalamu ‘alaikum & Salam Sejahtera Kenapa training tak sampai? Maksud saya, training yang dibuat tak capai objektifnya. Tidak berlaku pelarasan tingkahlaku (behavior modification) dan peserta kekal di takuk lama selepas training. Mungkin antara puncanya ialah gangguan mikro dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa training. Kenapa mikro? Ia 'kecil' sehingga sering dianggap enteng dan ramai terlepas pandang. Gangguan ini boleh berlaku secara fizikal dan psikologikal. Contoh gangguan fizikal; Panas Bunyi jengkel (annoying) dari luar bilik latihan Suara trainer putus-putus atau tak jelas (biasanya masalah pembesar suara) Bilik sempit Meja atau kerusi kurang selesa Gangguan psikologikal pula berkaitan emosi peserta antaranya seperti; Penat (kelelahan mencari lokasi training) Tiada mood (dipaksa hadir) Jantina (bilangan peserta tak seimbang) Risau (fikir hal-hal peribadi, pejabat) Rimas (tidak selesa terikat jadual) Oleh sebab itu, penting u