PONC Bantu Program Mula Tepat Masa?
Pegawai HR tersebut tiba 15 minit awal bersama
pembantunya. Si pembantu tangkas cuba menyambung laptop yang dibawanya ke
projector LCD yang tersedia. Tiba-tiba kelihatan si pembantu seperti
tercari-cari sesuatu, habis semua beg yang dibawa digeledahnya.
Si pegawai perasan, lantas bertanya kenapa. Si pembantu menjawab “Saya terlupa bawa power cable laptop bos. Seingat saya, saya tak pernah keluarkan cable tu dari beg ini.” Spontan si pegawai menjawab “PONC!”. Lantas taklimat terpaksa ditunda 30 minit dari waktu asal bagi membolehkan si pembantu mencari power cable lain.
Kisah benar ini berlaku sewaktu saya menghadiri taklimat sebagai eksekutif baru sebuah syarikat multinasional lebih 20 tahun lepas. Saat itu, saya teruja untuk tahu apa itu PONC?
Rupanya, ada harga yang perlu anda bayar akibat tidak cekap, cuai atau sambil lewa dalam kerja. Itulah falsafah PONC (price of non-conformance) yang saya pelajari dan sejak itu, amalkan.
Ambil contoh kes di atas. Akibat mula lewat, ada kandungan taklimat yang terpaksa dipendekkan atau diabaikan. Sedangkan sebelum itu si pegawai telah habiskan beberapa jam untuk menyediakan kandungan tersebut. Atau waktu tamat taklimat terpaksa dianjak. Lebih dasyat lagi, jika tiada power cable lain yang dijumpai, taklimat terpaksalah diteruskan secara unplugged (tanpa bahan pembentangan) atau dibatalkan. Keadaan jadi kucar-kacir.
PONC ialah ‘kos sia-sia’ yang dibayar berpunca daripada tabiat tidak cekap, cuai atau sambil lewa dalam kerja. Ia satu kerugian yang ramai orang tidak perasan. Dalam bisnes, hal ini amat merugikan.
Dalam konteks pengurusan program, amalan terbaik untuk mengelak PONC ialah gunakan senarai semak. Sebelum bergerak ke tempat program, pastikan semua item dalam senarai semak telah tersedia. Betul-betul tersedia dan bukannya berandai-andai. Elakkan ungkapan PONC seperti di bawah dalam membuat persiapan program;
..Jangan risaulah, mesti ada dalam beg.
..Biasanya tak bawa keluar pun dari beg.
..Minggu lepas dah bagi masuk balik dalam beg.
..Eh! ingatkan ada dalam beg.
..Ingatkan tadi cable A rupanya B.
Berandai-andai adalah cara berisiko dalam mengurus program. Anda buka ruang untuk PONC dan rugi.
Ambil masa untuk buat senarai semak. Cara persiapan anda dalam menganjurkan program mencerminkan kualiti diri anda; profesional atau cincai. Anda mungkin tiada masalah menjadi seorang yang cincai tetapi peserta-peserta anda mungkin jengkel (annoyed) dengan cara anda. Bukankah elok jika keadaan ini kita elakkan. Program lancar, hati semua orang pun senang, termasuk anda!
Semoga tip ringkas ini ada manfaatnya. Terima kasih kerana membaca.
Fuad Razak
Pengurus Bilik Seminar SAFY Putra Nilai
Jemput layari: www.bilikseminarsafy.com
#bilikseminarsafyputranilai
#bilikseminarmurah
#bilikseminarnegerisembilan