Ragam Dalam Mesyuarat


Assalamu ‘alaikum & Salam Sejahtera

Baru dilantik sebagai ketua? Tahniah!

Ini bermakna anda tidak boleh lari dari mesyuarat. Mesyuarat adalah medan utama untuk tonjolkan wibawa dan dinamika kepimpinan anda.

Ketua yang hebat adalah ketua yang bijak mengelola mesyuarat. Mesyuaratnya produktif. Orang-orang di bawah pimpinannya tidak alergi (baca; meluat, bosan) setiap kali dipanggil mesyuarat. Mesyuaratnya membugar idea-idea bernas dan disusuli tindakan-tindakan tuntas.

Ketua tidak boleh mengendali mesyuarat dengan mood ‘syok sendiri’ iaitu menyangka semua orang teruja hadir mesyuarat. Ketua harus bijak mengawal beragam gelagat dalam mesyuarat khususnya dari kategori kaunter-produktif antaranya seperti;

  1. Interframer – kerja orang lain buat tapi dia yang lapor.
  2. Googlist – seolah-olah dia tahu semua perkara.
  3. Backstabber – dalam mesyuarat tak pernah bantah.
  4. Praise Craver – buat kerja sedikit terus nak lapor.
  5. Worshipper – selalu puji pengerusi.
  6. DJ – paling banyak dan selalu mula bercakap selepas pengerusi.
  7. Inspector – selalu nampak salah orang lain.
  8. Jumper – suka bincang perkara luar topik/agenda.
  9. Silencer – tidak pernah ada idea atau cadangan.
  10. Verbatimer – asyik dengan mencatat.
  11. Parachuter – selalu lewat masuk mesyuarat.
  12. Food tester - datang mesyuarat sebab nak makan.

Bayangkan jika semua watak ini hadir dalam mesyuarat anda. Lebih mencabar lagi apabila ada sosok yang memiliki beberapa watak dalam satu masa. Justeru, ketua perlu kuasai ilmu komunikasi yang baik untuk mudah mengenal pasti dan mengendali ahli-ahli mesyuarat.

Dalam komunikasi, lebih 60% mesej disampaikan melalui bahasa tanpa suara atau bahasa badan. Sudah pasti watak-watak di atas mempunyai bahasa badan yang berbeza-beza. Sebagai ketua, bahasa badan anda jugalah yang membuat orang lain hormat dan kagum dengan aura kepimpinan anda. Bukan ucapan anda! Jadi tajamkanlah bahasa badan anda.

Semoga tip kecil ini bermanfaat untuk tingkatkan aura diri anda sebagai ketua.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Fuad Razak
Pengurus Bilik Seminar SAFY Putra Nilai
Jemput layari: www.bilikseminarsafy.com
#bilikseminarsafyputranilai
#bilikseminarmurah
#bilikseminarnegerisembilan

Popular posts from this blog

Diskaun Pengenalan 15% Oktober 2022

Mesyuarat Jawatankuasa - Terima Kasih Persatuan Penduduk Desa Kasia Nilai

Mesyuarat Agung Tahunan - Terima Kasih Koperasi Keluarga Syed Ariffin Berhad

Terima Kasih Mukmin Kreatif Education

1 Day In House Training - Terima Kasih IQUEST Solutions