Tanda Merdeka?

Assalamu ‘alaikum & Salam Sejahtera

Di mana 'tanda' MERDEKA dalam hidup anda? 
Benarkah dengan mengibar atau menggantung bendera itu tandanya kita Merdeka?

Bendera itu simbolik. Yang mengibarkannya mungkin betul-betul Merdeka atau mungkin juga belum.

Tanda Merdeka yang sebenar adalah pada cara kita berfikir, merasa dan bertingkah laku.

Contoh mudah ialah sampah. Bagaimana cara anda berfikir, merasa dan bertingkah laku tentangnya. Insan yang Merdeka ialah mereka yang 'merdeka sampah'. Bukan bermaksud mereka tidak menghasilkan sampah tetapi mereka bijak mengurus sampah. Dari sekecil-kecil sampah sehinggalah yang ke sebesar-besarnya.

Rakyat Jepun diasuh dari kecil agar tidak membuang bekas makanan (contoh tin sardin atau kotak susu) sebelum membasuhnya terlebih dahulu. Biar sampah 'bersih' agar tidak busuk dan mudah bagi pemungut sampah menguruskannya. Cara berfikir, merasa dan bertindak begini menjadikan Jepun antara negara yang Merdeka dan maju.

Rakyat negara kita mungkin perlukan 65 tahun lagi untuk betul-betul Merdeka. Buktinya, lihat sahaja pemandangan di Dataran Merdeka selepas sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos yang lepas. 'Sampah merdeka' menceritakan segala-galanya. Baca laporan Sinar Harian 2 September 2022.

Dulu-dulu (sekitar tahun 80-an) di sekolah rendah, setiap hari sebelum kelas bermula pelajar-pelajar diasuh mengutip sampah sekitar sekolah sambil mengusung tong sampah besi bertelinga dua. Memang berat tapi seronok. Sebahagian lagi membersihkan bilik darjah. Hari ini, proses pembudayaan ini tiada lagi kerana semuanya 'makcik cleaner' yang lakukan.

Tiada maknanya terpekik terlolong melaung MERDEKA kalau sampah pun kita masih buang di merata tempat. Lebih parah, bendera pun ada yang membuangnya seperti sampah.

Sempena ulang tahun kemerdekaan kita tahun ini, marilah sama-sama kita munculkan kekuatan, tabiat, akhlak dan budi yang benar-benar luhur dalam diri agar negara ini bangga memiliki kita sebagai warganya. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 dari kami, pengurusan Bilik Seminar SAFY Putra Nilai, Negeri Sembilan.

Terima kasih.

Fuad Razak
Pengurus Bilik Seminar SAFY Putra Nilai
Jemput layari: www.bilikseminarsafy.com
#bilikseminarsafyputranilai
#bilikseminarmurah
#bilikseminarnegerisembilan

Popular posts from this blog

Diskaun Pengenalan 15% Oktober 2022

Mesyuarat Jawatankuasa - Terima Kasih Persatuan Penduduk Desa Kasia Nilai

Mesyuarat Agung Tahunan - Terima Kasih Koperasi Keluarga Syed Ariffin Berhad

Terima Kasih Mukmin Kreatif Education

1 Day In House Training - Terima Kasih IQUEST Solutions