Posts

PONC Bantu Program Mula Tepat Masa?

Image
Pegawai HR tersebut tiba 15 minit awal bersama pembantunya. Si pembantu tangkas cuba menyambung laptop yang dibawanya ke projector LCD yang tersedia. Tiba-tiba kelihatan si pembantu seperti tercari-cari sesuatu, habis semua beg yang dibawa digeledahnya.   Si pegawai perasan, lantas bertanya kenapa. Si pembantu menjawab “Saya terlupa bawa power cable laptop bos. Seingat saya, saya tak pernah keluarkan cable tu dari beg ini.” Spontan si pegawai menjawab “PONC!”. Lantas taklimat terpaksa ditunda 30 minit dari waktu asal bagi membolehkan si pembantu mencari power cable lain.   Kisah benar ini berlaku sewaktu saya menghadiri taklimat sebagai eksekutif baru sebuah syarikat multinasional lebih 20 tahun lepas. Saat itu, saya teruja untuk tahu apa itu PONC?   Rupanya, ada harga yang perlu anda bayar akibat tidak cekap, cuai atau sambil lewa dalam kerja. Itulah falsafah PONC ( price of non-conformance ) yang saya pelajari dan sejak itu, amalkan.   Ambil contoh kes di atas. Akibat mula lewat,

Mesyuarat Jawatankuasa - Terima Kasih Persatuan Penduduk Desa Kasia Nilai

Image
Assalamu ‘alaikum & Salam Sejahtera Alhamdulillah, kami mengucapkan terima kasih kepada En. Omaruddin (Pengerusi) dan AJK Persatuan Penduduk Desa Kasia (PPDK), Nilai kerana telah memilih Bilik Seminar SAFY Putra Nilai bagi mengadakan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Baru Sesi 2022-2023.   Butiran ringkas acara; Acara: Mesyuarat Jawatankuasa Durasi: 2 Jam Susun atur: Conference Style Jumlah pax: 14 Orang   Jika anda berminat mengadakan mesyuarat atau perbincangan untuk ahli-ahli persatuan anda di Bilik Seminar SAFY Putra Nilai, sila hubungi kami untuk dapatkan maklumat lanjut dengan klik butang Whatsapp di bawah. Gambar bilik dan kadar harga kami juga boleh dilayari dalam laman web kami   www.bilikseminarsafy.com .   Terima kasih.   Fuad Razak Pengurus Bilik Seminar SAFY Putra Nilai Jemput layari: www.bilikseminarsafy.com #bilikseminarsafyputranilai #bilikseminarmurah #bilikseminarnegerisembilan

1 Day In House Training - Terima Kasih IQUEST Solutions

Image
Assalamu ‘alaikum & Salam Sejahtera Alhamdulillah, kami mengucapkan terima kasih kepada En. Yusri dari IQUEST Solutions Shah Alam kerana telah memilih Bilik Seminar SAFY Putra Nilai bagi mengadakan in-house training untuk 24 orang kakitangan Meditech Gloves Sdn. Bhd . Butiran ringkas acara; Acara: In-House Training Durasi: 1 Hari Susun atur: Round Table Jumlah pax: 24 Orang   Jika anda sedang mencari tempat untuk menganjurkan aktiviti latihan atau kursus di kawasan Nilai, Negeri Sembilan, boleh hubungi kami melalui Whatsapp untuk dapatkan maklumat lanjut. Gambar bilik dan kadar harga kami juga boleh dilayari dalam laman web kami   www.bilikseminarsafy.com .   Terima kasih.   Fuad Razak Pengurus Bilik Seminar SAFY Putra Nilai Jemput layari: www.bilikseminarsafy.com #bilikseminarsafyputranilai #bilikseminarmurah #bilikseminarnegerisembilan

Nak mula semula mengajar tuisyen?

Image
  Assalamu ‘alaikum & Salam Sejahtera   Pusat tuisyen tutup? Ya itulah antara kesan ketara sepanjang negara dilanda pandemik. Jika sekolah pun ‘tutup’ apatah lagi pusat tuisyen.   Kos untuk membuka pusat tuisyen bukanlah murah. Sebab itu, walaupun keadaan sekarang telah kembali pulih, pengusaha pusat-pusat tuisyen mungkin perlukan lebih masa untuk ‘buka semula’.   Mungkin juga sekarang ada yang memilih untuk beroperasi secara online. Secara teknikalnya memanglah ia lebih murah dan mudah.   Namun, mengajar murid-murid secara langsung (fizikal) pasti berbeza jika dibanding dengan kaedah maya. Fokus, minat dan motivasi pelajar juga berbeza. Hubungan langsung dengan guru akan membantu meningkatkan estim diri dan semangat pelajar dalam usaha mereka memahami subjek yang dipelajari.   Di Bilik Seminar SAFY, anda boleh teruskan kelas tuisyen anda seperti sebelum ini tanpa perlu menyewa premis baru untuk buka pusat tuisyen semula. Kemudahan di sini yang lengkap sesuai untuk aktiviti pengaj

Bilik Temuduga Yang Selesa

Image
Assalamu ‘alaikum & Salam Sejahtera Anda merancang untuk mengambil pekerja baru? Insya Allah kami boleh sediakan bilik sesi temuduga yang selesa, kondusif dan profesional agar anda betul-betul dapat menilai calon-calon pekerja yang terbaik. Suasana bilik temuduga juga dapat mempengaruhi ‘first impression’ dan keterujaan calon-calon temuduga terhadap bakal majikan mereka. Kali ini biar mereka teruja untuk menjadi pekerja anda. Lokasi kami yang berdekatan dengan Maybank Nilai dan TNB Nilai juga memudahkan calon-calon untuk mencari tempat temuduga mereka. Apabila sampai dan menunggu giliran, calon-calon boleh berehat, membaca atau berbincang di ruang lobi yang selesa. Boleh hubungi kami dengan klik butang Whatsapp di bawah untuk perbincangan atau temujanji lawat tinjau. Terima kasih. Fuad Razak Pengurus Bilik Seminar SAFY Putra Nilai Jemput layari: www.bilikseminarsafy.com #bilikseminarsafyputranilai #bilikseminarmurah #bilikseminarnegerisembilan

Ragam Dalam Mesyuarat

Image
Assalamu ‘alaikum & Salam Sejahtera Baru dilantik sebagai ketua? Tahniah! Ini bermakna anda tidak boleh lari dari mesyuarat. Mesyuarat adalah medan utama untuk tonjolkan wibawa dan dinamika kepimpinan anda. Ketua yang hebat adalah ketua yang bijak mengelola mesyuarat. Mesyuaratnya produktif. Orang-orang di bawah pimpinannya tidak alergi (baca; meluat, bosan) setiap kali dipanggil mesyuarat. Mesyuaratnya membugar idea-idea bernas dan disusuli tindakan-tindakan tuntas. Ketua tidak boleh mengendali mesyuarat dengan mood ‘syok sendiri’ iaitu menyangka semua orang teruja hadir mesyuarat. Ketua harus bijak mengawal beragam gelagat dalam mesyuarat khususnya dari kategori kaunter-produktif antaranya seperti; Interframer – kerja orang lain buat tapi dia yang lapor. Googlist – seolah-olah dia tahu semua perkara. Backstabber – dalam mesyuarat tak pernah bantah. Praise Craver – buat kerja sedikit terus nak lapor. Worshipper – selalu puji pengerusi. DJ – paling banyak dan selalu mula

Latihan Biar Mantap! Hindar Gangguan Mikro.

Image
Assalamu ‘alaikum & Salam Sejahtera Kenapa training tak sampai? Maksud saya, training yang dibuat tak capai objektifnya. Tidak berlaku pelarasan tingkahlaku (behavior modification) dan peserta kekal di takuk lama selepas training. Mungkin antara puncanya ialah gangguan mikro dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa training. Kenapa mikro? Ia 'kecil' sehingga sering dianggap enteng dan ramai terlepas pandang. Gangguan ini boleh berlaku secara fizikal dan psikologikal. Contoh gangguan fizikal; Panas Bunyi jengkel (annoying) dari luar bilik latihan Suara trainer putus-putus atau tak jelas (biasanya masalah pembesar suara) Bilik sempit Meja atau kerusi kurang selesa Gangguan psikologikal pula berkaitan emosi peserta antaranya seperti; Penat (kelelahan mencari lokasi training) Tiada mood (dipaksa hadir) Jantina (bilangan peserta tak seimbang) Risau (fikir hal-hal peribadi, pejabat) Rimas (tidak selesa terikat jadual) Oleh sebab itu, penting u

Tanda Merdeka?

Image
Assalamu ‘alaikum & Salam Sejahtera Di mana 'tanda' MERDEKA dalam hidup anda?  Benarkah dengan mengibar atau menggantung bendera itu tandanya kita Merdeka? Bendera itu simbolik. Yang mengibarkannya mungkin betul-betul Merdeka atau mungkin juga belum. Tanda Merdeka yang sebenar adalah pada cara kita berfikir, merasa dan bertingkah laku. Contoh mudah ialah sampah. Bagaimana cara anda berfikir, merasa dan bertingkah laku tentangnya. Insan yang Merdeka ialah mereka yang 'merdeka sampah'. Bukan bermaksud mereka tidak menghasilkan sampah tetapi mereka bijak mengurus sampah. Dari sekecil-kecil sampah sehinggalah yang ke sebesar-besarnya. Rakyat Jepun diasuh dari kecil agar tidak membuang bekas makanan (contoh tin sardin atau kotak susu) sebelum membasuhnya terlebih dahulu. Biar sampah 'bersih' agar tidak busuk dan mudah bagi pemungut sampah menguruskannya. Cara berfikir, merasa dan bertindak begini menjadikan Jepun antara negara yang Merdeka dan maju. Rakyat negara

Potongan Harga Pembukaan

Image
Assalamu 'alaikum & Salam Sejahtera. Moh dogheh! Banyak boleh jimat. Jangan lepaskan peluang terbaik ini. Ya betul tuan-tuan dan puan-puan, sempena pembukaan Bilik Seminar SAFY Putra Nilai , kami ingin berkongsi kegembiraan dengan menawarkan Diskaun Pembukaan 20% untuk tempahan yang dibuat sebelum 30 September 2022 . Hanya tempahan yang perlu disahkan sebelum 30 September 2022, acara anda boleh dianjurkan bila-bila dari September-Disember 2022. Hubungi kami segera untuk pertanyaan lanjut. Terima kasih. Fuad Razak Pengurus Bilik Seminar SAFY Putra Nilai Jemput layari: www.bilikseminarsafy.com #bilikseminarsafyputranilai #bilikseminarmurah #bilikseminarnegerisembilan

Salam Pembukaan

Image
Assalamu 'alaikum & salam sejahtera. Bismillahi walhamdulillah. Terima kasih kerana melayari blog rasmi Bilik Seminar SAFY Putra Nilai . Alhamdulillah, kini Bilik Seminar SAFY Putra Nilai dibuka dengan rasminya. Sebuah lagi kemudahan tempat/venue latihan dan pelbagai acara di Nilai, Negeri Sembilan. Diharap kemudahan ini akan merancakkan lagi aktiviti berbentuk latihan, kursus, perkongsian ilmu dan kemahiran untuk manfaat warga Nilai dan sekitarnya. Sememangnya Bilik Seminar SAFY Putra Nilai sesuai dijadikan venue untuk acara seperti seminar sehari, kursus untuk pekerja, kelas tuisyen dan pengajian ilmu. Bahkan di sini juga sesuai untuk mereka yang ingin membuat rakaman video (shooting) dan sesi photoshoot produk. Tuan-tuan dan puan-puan yang berminat boleh menghubungi kami untuk sesi lawat tinjau (site visit). Kami amat mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan. Insya Allah, kami pihak pengurusan Bilik Seminar SAFY Putra Nilai bukan sekadar menyediakan tempat tetapi